Pluto

Pluto
    Pluto merupakan sebuah planet dari 9 planet pada sebelum ini. Pada mulanya ia dianggap sebagai sebuah planet tetapi kini, ia digelar planet kerdil dan dikeluarkan daripada kalangan planet sistem solar. Ia disahkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Tetapi, ciri fizikal Pluto tidak berubah.

    Pluto, digelar secara rasmi 134340 Pluto, merupakan planet kerdil kedua terbesar yang diketahui dalam Sistem Suria (selepas planet kerdil Eris) dan badan kesepuluh terbesar yang dilihat dengan mata kasar mengelilingi matahari. Pada asalnya dikelaskan sebagai sebuah, Pluto kini dianggap ahli terbesar bagi populasi berlainan yang dikenali sebagai gelung Kuiper.
 
    Sebagaimana ahli gelung Kuiper, Pluto terutamanya terdiri daripada batu dan air batu dan agak kecil: sekitar satu per lima daripada jisim Bulan Bumi dan satu pertiga isipadunya. Ia memiliki kelainan orbit dan orbit amat condong yang membawanya dari 30 hingga 49 AU (4.4–7.4 juta km) dari Matahari. Ini menyebabkan Pluto kadang kala menghampiri Matahari lebih dari Neptun.

    Sejak dijumpai pada tahun 1930 sehingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet ke sembilan dalam Sistem Suria. Pada akhir tahun 1970-an, selepas jumpaan planet kecil 2060 Chiron di luar Sistem Suria dan pengakuan jisim rendah Pluto, statusnya sebagai planet utama telah dipersoalkajn. Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa dengan Pluto telah dijumpai di luar Sistem Suria, terutamanya objek cakera bertabur seperti planet kerdil Eris pada tahun 2005, yang 27% lebih besar berbanding Pluto. Pada 24 Ogos 2006, ("International Astronomical Union") (IAU) mentakrifkan apa yang dianggap planet dalam Sistem Suria. Takrifan ini menyingkirkan Pluto sebagai sebuah planet dan memasukkannya sebagai ahli kategori baru "planet kerdil" bersama Eris dan Ceres. Selepas pengelasan, Pluto ditambah kepada daftar planet kecil dan diberikan nama rasmi 134340. Sejumlah pakar sains kekal menegaskan bahawa Pluto patut dikelaskan sebagai sebuah planet.

Lihat juga
  • Pentakrifan semula maksud planet 2006


Penemuan Ditemui oleh Clyde W. Tombaugh Ditemui pada 16 Februari 1930.

Ciri orbit (Zaman J2000) Paksi semimajor 5,906,376,272 km
39.481 686 77 AU Lilitan orbit 36.530 Tm
244.186 AU Keeksentrikan 0.248 807 66 Perihelion 4,436,824,613 km
29.658 340 67 AU Afelion 7,375,927,931 km
49.305 032 87 AU Kala orbit 90,613.3055 d
(248.09 a) Kala sinod 366.73 d Laju orbit
 
 • Purata
 
•Maksimum
 
 •Minimum 

4.666 km/s
6.112 km/s
3.676 km/s Kecondongan 17.141 75° (11.88° terhadap khatulistiwa Matahari) Longitud nod menaik 110.303 47° Hujah perihelion 113.763 29° Bil. satelit 3 Ciri fizikal Diameter 2306±20 km (18% Bumi, atau 1,423±12 batu) Luas permukaan 1.795×107 km²
(0.033 Bumi) Padu 7.15×109 km³
(0.0066 Bumi) Jisim (1.305±0.007)×1022 kg
(0.0021 Bumi) Min ketumpatan 2.03±0.06 g/cm³ Graviti khatulistiwa 0.58 m/s²
(0.059 gee) Halaju lepas 1.2 km/s Kala putaran −6.387230 d
(6 d 9 h 17 m 36 s) Halaju putaran 47.18 km/j (di khatulistiwa) Paksi senget 119.59° (terhadap orbit)
112.78° (terhadap gerhana) Jarak hamal
khutub Utara 133.045±0.02°
(8 j 52 min 11 s) Kecuraman -6.145±0.02° Albedo 0.49–0.66 (berbeza-beza sebanyak 35%) Suhu permukaan
minimum
min
maksimum
33 K
44 K
55 K
Ciri-ciri Atmosfera Tekanan atmosfera 0.30 pascal (maksimum masa musim panas) Kandungan nitrogen, metana.
     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Neptun


Neptun

    Neptun merupakan salah sebuah dari sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
  • 57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
    Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.


Ditemui oleh Urbain Le Verrier
John Couch Adams

Johann Galle Tarikh penemuan September 23, 1846

Ciri-ciri orbit

Epoch J2000 Aphelion 4,536,874,325 km
30.327 131 69 AU Perihelion 4,459,631,496 km
29.810 795 27 AU Paksi semi-major 4,498,252,900 km
30.068 963 48 AU Esentrisiti 0.008 585 87 Tempoh synod 367.49 day Purata kelajuan orbit 5.432 km/s Kecondongan 1.769 17°
(6.43° to Sun's equator) Longitud nod menaik 131.721 69° 
 Satelit 13 

 Ciri-ciri fizikal

Jejari Khatulistiwa 24,764 km
(3.883 Earths) Jejari kutub 24,341 km
(3.829 Earths) Luas permukaan 7.619×109 km²
(14.94 Earths) Isipadu 6.254×1013 km³
(57.74 Earths) Jisim 1.0243×1026 kg
(17.147 Earths) Purata ketumpatan 1.638 g/cm³ Graviti permukaan Khatulistiwa 11.15 m/s2
(1.14 g) (At 1 bar) Halaju lepas 23.5 km/s Tempoh putaran
ikut bintang 16.11 h (16 j 6 min 36 s) 1 Halaju putaran khatulistiwa 2.68 km/s = 9660 km/j (di khatulistiwa) Kesendengan paksi 28.32° right ascension Kutub Utara 299.33° (19 j 57 min 20 s) Keserongan Kutub Utara 42.95° Albedo 0.41 Suhu permukaan
   
Kelvin

min
mean
max

50 K
53 K
N/A

Adjektif Neptunian 

Atmosfera

Tekanan atmosfera 100 kPa Komposisi 80% ±3.2% Hidrogen - H2
19% ±3.2% Helium - He
1.5% ±0.5% Metana - CH4
192 ppm Hidrogen Deuterida - HD
1.5 ppm Etana - C2H6


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Uranus


Uranus


    Salah sebuah planet dari 9 planet dalam Sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam Sistem suria adalah seperti berikut :-  

    57.9 juta kilometer ke Utarid,
   108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
   149.6 juta kilometer ke Bumi,
   227.9 juta kilometer ke Marikh,
   778.3 juta kilometer ke Musytari,
 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
 2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
 4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
 5,913.5 juta kilometer ke Pluto. 

    Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Uranus, seperti dilihat oleh Voyager 2

Penemuan
Ditemui oleh William Herschel Tarikh penemuan Mac 13, 1781

Ciri-ciri orbit
Epoch J2000 Aphelion 3,006,389,405 km
20.096 471 90 AU
1,868,088,249 miles Perihelion 2,735,555,035 km
18.286 055 96 AU
1,699,799,169 miles Paksi semi-major 2,870,972,220 km
19.191 263 93 AU
1,783,943,710 miles Esentrisiti 0.047 167 71 Tempoh synod 369.65 day Purata kelajuan orbit 6.795 km/s Kecondongan 0.769 86°
(6.48° to Sun's equator) Longitud nod menaik 74.229 88° Satelit 27 

Ciri-ciri fizikal
Jejari Khatulistiwa 25,559 km
(4.007 Earths) Jejari kutub 24,973 km
(3.929 Earths) Luas permukaan 8.084×109 km2
(15.849 Earths) Isipadu 6.834×1013 km3
(63.086 Earths) Jisim 8.6832×1025 kg
(14.536 Earths) Purata ketumpatan 1.318 g/cm3 Graviti permukaan Khatulistiwa 8.69 m/s2
(0.886 g) Halaju lepas 21.29 km/s Tempoh putaran
ikut bintang 0.718 33 day (17 h 14 min 24 s by convention)  Halaju putaran khatulistiwa 2.59 km/s = 9320 km/h Kesendengan paksi 97.77° right ascension Kutub Utara 77.31° (5 h 9 min 15 s) Keserongan Kutub Utara +15.175° Albedo 0.51 Suhu permukaan.
  
 Permukaan atas awan
min
 

mean



max


59 K
68 K
N/A

55 K

Adjektif Uranian
Atmosfera
Tekanan atmosfera 120 kPa (pada aras awan) Komposisi 83% Hydrogen
15% Helium
1.99% Metana
0.01% Ammonia
0.00025% Etana
0.00001% Asetilin
trace Karbon monoksida
trace Hidrogen sulfida








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Zuhal

Zuhal

    Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.

    Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang menyerupai Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta. Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized (Unicode: ♄). 

    Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
  
    Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.



    Disebabkan kombinasi terhadap ketumpatannya yang rendah, putarannya yang pantas dan keadaan berbentuk cecair, Zuhal merupakan satu sfera yang agak lonjong; iaitu, ia mempunyai sedikit leper di bahagian kutub-kutub dan mengempar di bahagian khatulistiwa. Jejari khatulistiwa dan kutub berbeza sebanyak 10%—60 268 km melawan 54 364 km. Planet-planet gas yang lain juga berkeadaan sedemikian, tetapi agak kurang.

Bahagian dalaman

    Bahagian dalam Zuhal menyerupai Musytari, dengan teras berbatu, diselitupi lapisan cecair hidrogen logam (metallic hydrogen), dan lapisan hidrogen molekul di atasnya. Terdapat juga sedikit kesan pelbagai ais. Zuhal mempunyai bahagian teras yang panas, mencecah 12000 K ditengah terasnya, dan ia membebaskan lebih banyak tenaga ke angkasa berbanding yang diterimanya daripada Kebanyakan tenaga lebih dihasilkan melalui mekanisma Kelvin-Helmholtz (pemampatan graviti perlahan), tetapi ini sahaja tidak mencukupi bagi menjelaskan penghasilan haba Zuhal. 
Mekanisma tambahan yang diutarakan dengan mana Zuhal mampu menghasilkan sebahagian haba adalah "hujan" titisan helium jauh di dalam Zuhal, titisan helium membebaskan haba melalui geseran semasa ia jatuh melalui hidrogen yang lebih ringan.


Pembebasan haba Zuhal, titik panas jelas di bahagian
bawah imej betul-betul di kutub selatan Zuhal.

    Atmosphera Zuhal menunjukkan pola berbelang menyerupai Musytari, tetapi belang Zuhal adalah lebih pudar dan ia juga lebih lebar di bahagian ekuator. Awan Zuhal tidak dapat dilihat sehinggalah lintasan (flybys) Voyager. Semenjak itu, bagaimanapun, teleskop di bumi telah meningkat sehingga pencerapan biasa mampu dilakukan. Zuhal menunjukkan bentuk bujur yang lama dan ciri-ciri lain yang biasa di Musytari; pada tahun 1990 teleskop Angkasa Hubble mencerap awan putih gergasi berhampiran ekuator Zuhal yang tidak kelihatan semasa pertembungan dengan Voyager dan pada tahun 1994 ribut lain yang lebih kecil dikesan. Pakar kaji bintang menggunakan penimej infra menunjukkan bahawa Zuhal mempunyai pusaran kutub panas, dan satu-satunya planet dalam sistem suria yang diketahui bersifat sedemikian.

Ciri putaran

    Oleh kerana Zuhal tidak berputar pada paksinya pada kadar sekata, dua tempoh putaran telah digunakan baginya, sama seperti kes Musytari: Sistem I mempunyai tempoh 10 jam 14 minit 00 saat (844.3°/d) dan merangkumi Zon Ekuatorial, yang menjulur dari hujung utara Ekuatorial Selatan sehingga hujung selatan Ekuatorial Utara. Semua latitude lain Zuhal telah diberikan tempoh putaran 10 jam 39 minit 24 saat (810.76°/d), yang merupakan Sistem II. Sistem III, diasaskan pada pancaran radio dari planet, mempunyai tempoh 10 jam 39 minit 22.4 saat (810.8°/d); kerana ia amat hampir kepada nilai Sistem II, ia telah digantikan secara menyeluruh.
    Apabila menghampiri Zuhal pada tahun 2004, kapal angkasa Cassini mendapati bahawa putaran radio Zuhal telah meningkat sedikit, kepada anggaran 10 jam 45 minit 45 saat (± 36 s). Punca sebenar perubahan tersebut tidak diketahui.

Gelang Zuhal

Rencana utama: Gelang Zuhal
    Zuhal kemungkinannya paling dikenali disebabkan gelang atau cecincin planetnya, yang menjadikannya sebagai salah satu objek dapat dilihat yang paling menakjubkan dalam sistem suria.

   Imej Teleskop Angkasa Hubble, diambil pada Oktober 1996
    menunjukkan gelang Zuhal dari jarak sejajar

Sejarah

    Gelang itu pertama sekali dilihat oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dengan teleskopnya, tetapi dia tidak dapat memastikannya. Dia kemudian menulis kepada Grand Duke of Tuscany bahawa "Zuhal tidak bersendirian tetapi terdiri daripada tiga, yang hampir bersentuhan dan tidak bergerak berbanding sesama sendiri. Mereka tersusun dalam garis setentang dengan zodiak, dan yang di tengah [Zuhal] adalah tiga kali saiz yang lurus [penjuru gelang]". Dia juga menggambarkan Zuhal sebagai mempunyai "telinga." Pada tahun 1612 sudut gelang menghadap tepat pada bumi dan gelang kelihatannya hilang, dan kemudian pada 1613 ia muncul kembali, mengelirukan lagi Galileo.

    Persoalan gelang itu tidak dapat diselesaikan sehingga 1655 oleh Christian Huygens, yang menggunakan teleskop yang lebih berkuasa berbanding dengan yang ada pada Galileo pada masanya.

    Pada tahun 1675 Giovanni Domenico Cassini menentukan bahawa gelang Zuhal sebenarnya terdiri daripada pelbagai gelang lebih kecil dengan ruang antara mereka; ruang terbesar dinamakan Pembahagi Cassini (Cassini Division).

Ciri fizikal gelang

    Gelang tersebut boleh dilihat dengan menggunakan teleskop moden berkuasa serdahana atau dengan teropong berkuasa tinggi. Ia menjulur 6,630 km hingga 120,700 km atas khstulistiwa Zuhal, dan terdiri daripada batu silika, oksida besi, dan ketulan air batu bersaiz kumin sehingga kereta kecil. Terdapat dua teori mengenai asal cicin Zuhal. Teori pertama diusulkan oleh Édouard Roche pada abad ke 19, adalah gelang tersebut merupakan bekas bulan Zuhal yang orbitnya reput sehingga ia cukup dekat sehingga berkecai akibat kuasa pasang surut (lihat had Roche). Variasi teori ini adalah bulan tersebut berkecai akibat hentaman komet atau asteroid. Teori kedua adalah cicin tersebut bukanlan dari bulan Zuhal, tetapi bahan lebihan nebula asal yang membentuk Zuhal. Teori ini tidak diterima masa kini disebabkan gelang Zuhal dianggap tidak stabil merentasi jutaan tahun, dan dengan itu dianggap baru terbentuk.
    
    Sementara ruang terluas di gelang, seperti Renggang Cassini (Cassini division) dan Renggang Encke, boleh dilihat dari Bumi, Voyager mendapati gelang tersebut mempunyai struktur seni yang terdiri dari "beribu" renggangan kecil dan gelang (ringlets). Struktur ini dipercayai terbentuk akibat tarikan graviti bulan-bulan Zuhal melalui pelbagai cara. Sesetengah ruang terhasil akibat laluan bulan kecil seperti Pan, dan banyak lagi ruang yang belum dijumpai, sementara sesetengah gelang kecil dikekalkan oleh medan graviti satelit penggembala kecil seperti Prometheus dan Pandora. Ruangan lain terbentuk akibat "getaran" antara tempoh orbit zarah direnggang dengan bulan yang lebih besar yang terletak lebih jauh; Mimas mengekalkan renggangan Cassini melalui cara ini. Malah lebih berstruktur dalam gelang sebenarnya terdiri dari gelombang berputar yang dihasilkan oleh ganguan graviti bulan secara berkala.

Jejari gelang


     Jejari dalam gelang B, imej oleh Voyager 2 pada tahun 1981.

    Sehingga 1980, struktur gelang dijelaskan sepenuhnya sebagai tindakan kuasa graviti. Kapal angkasa Voyager menjumpai ciri-ciri jejari gelap (dark radial) dalam gelang B, dikenali sebagai paksi, yang tidak dapat dijelaskan melalui cara ini, disebabkan ketegaran mereka dan pusingan mengelilingi gelang yang tidak selari dengan mekanik orbit. Ia dianggap bahawa mereka berkait dengan interaksi eletromagnet, kerana ia berputar hampir sejajar dengan magnetosfera Zuhal. Bagaimanapun, mekanisma sebenar paksi (spokes) tersebut masih belum diketahui.

    Pada Februari 2005, kapal angkasa Cassini tidak dapat menjejak sebarang paksi dalam gelang, walaupun mempunyai perkakasan pengimej berkualiti lebih tinggi berbanding Voyagers'. Ia berkemungkinan bahawa paksi muncul dan ghaib secara bermusim.

Penjelajahan Zuhal

Lintasan Pioneer 11

    Zuhal dilawati pertama kali oleh Pioneer 11 pada tahun 1979. Ia melintasi sekitar 20,000 km dari atas awan planet. Imej resolusi rendah planet dan beberapa bulannya diambil. Bagaimanapun, resolusinya tidak cukup bagus untuk memastikan ciri-cirinya. Kapal angkasa itu juga mengkaji gelang; antara jumpaan lain adalah gelang-F nipis dan fakta bahawa ruang gelap antara gelang menjadi terang apabila dilihat kearah Matahari, ataupun dalam kata lain, ia mempunyai jisim dan bukannya vakum semata. Kapal angkasa Pioneer 11 juga mengukur suhu Titan. 

Lintasan Voyager

    Pada November, 1980, kuar Voyager 1 melawat sistem Zuhal. Ia menghantar balik imej planet, gelang, dan satelit revolusi tinggi yang pertama. Ciri-ciri permukaan pelbagai bulan dilihat buat pertama kali. Voyager 1 melaksanakan lintasan hampir dengan bulan Titan telah menambah pengetahuan kita mengenai atmosphere bulan. Bagaimanapun, ia juga membuktikan bahawa atmosphere Titan tidak dapat ditembusi gelombang cahaya penglihatan, oleh itu dengan itu permukaan Titan tidak dapat dilihat. Lintasan ini juga menukar haluan kapal angkasa keluar daripada dataran planet dalam sistem suria.

    Hampir setahun kemudian, pada Ogos 1981, Voyager 2 menyambung kajian mengenai sistem Zuhal. Lebih banyak gambar dekat bulan Zuhal dihasilkan, termasuk juga bukti pertukaran pada atmosphere dan gelang. Malangnya, ketika lintasan lalu, kamera kuar terlekat dan sebahagian penggambaran yang dirancang gagal. Graviti Zuhal digunakan bagi mengarah haluan kapal angkasa kearah (Uranus).

    Kuar itu menjumpai dan mengesahkan beberapa satelit baru mengelilingi berhampiran atau antara gelang planet. Ia juga menjumpai renggangan Mawxell dan Keeler yang kecil.

Pengorbit Cassini

Zuhal dalam warna aslinya, dilihat dari Cassini

    Pada 1 Julai 2004, kapal angkasa Cassini-Huygens melaksanakan pergerakan Selitan Orbit Zuhal - SOI (Saturn Orbit Insertion) dan memasuki orbit mengelilingi ZUhal. Sebelum SOI Cassini telah mengkaji sistem tersebut dengan teliti. Pada Jun 2004, ia telah melaksanakan lintasan hampir dengan Phoebe menghantar balik imej dan data berresolusi. Pengorbit (orbiter) menyempurnakan dua lintasan Titan sebelum membebaskan kuar Huygens pada 25 Disember 2004. Huygens mendarat pada permukaan Titan pada 14 Januari 2005 dan menghantar banyak maklumat semasa melalui atmosphera dan selepas pendaratan. Sehingga 2005, Cassini sedang melaksanakan lintasan berterusan melalui Titan dan satelit beku. Misi utama berakhir pada 2008 apabila kapal angkasa telah menamatkan 74 orbit mengelilingi planet.

Untuk maklumat dan berita terkini, lihat Laman Cassini.

Bulan-bulan Zuhal

Rencana utama: Satelit semulajadi Zuhal

    Zuhal mempunyai sejumlah besar bulan yangmana 49 telah disahkan, 34 telah diberikan nama. Jumlah sebanar tidak mungkin dapat dipastikan kerana kesemua serpihan air batu yang terdapat dalam gelang Zuhal adalah secara teknikalnya merupakan bulan, dan ia sukar untuk memastikan antara partikal besar atau bulan kecil. Bulan Zuhal yang paling jelas adalah Titan, satu-satunya bulan dalam sistem suria yang mempunyai atmosphera tebal.
Akibat kuasa pasang surut Zuhal, bulan-bulan tersebut tidak terletak pada posisi yang sama semenjak pembentukan mereka.

Pemandangan terbaik Zuhal

Pertentangan Zuhal: 2001-2029
    Sementara ia menjadi sasaran menyeronokkan untuk ditontoni pada kebanyakan masa ia boleh dilihat di langit, Zuhal dan gelangnya boleh dilihat dalam pemandangan terbaik apabila planet berkenaan pada atau berdekatan dengan pertentangan (satu konfigurasi planet semasa ia berada pada pemanjangan (elongation) sebanyak 180° dan oleh itu ia nampak bertentangan dengan matahari di langit.) Dalam keadaan bertentangan pada Januari 13 2005, Zuhal nampak di dalam keadaan paling terang sehinggalah pada tahun 2031, kebanyakan disebabkan orientasi gelang yang banyak membantu relatif kepada bumi.
    
    Saturn nampak pada mata kasar sebagai satu bintang kekuningan yang sangat terang, biasanya di antara magnitud +1 dan 0 dan mengambil masa sekurang-kurang mengambil masa 29 dan satu tahun setengah untuk melengkapkan litar satu ecliptik terhadap buruj zodiak. Alat bantu optik(satu pasangan binokular atau satu teleskop) pembesaran sekurang-kurangnya 20X adalah diperlukan untuk menyelesaikan gelang Zuhal bagi kebanyakan orang.

Jarak Zuhal di dalam Sistem Suria

Jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut:
     57.9 juta kilometer ke Utarid
   108.2 juta kilometer ke Zuhrah
   149.6 juta kilometer ke Bumi
   227.9 juta kilometer ke Marikh
   778.3 juta kilometer ke Musytari
2,871.0 juta kilometer ke Uranus
4,497.0 juta kilometer ke Neptun
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0
陳漢瑋 蔡禮蓮 關懷方式


Sistem Suria